Saya menggunakan lense 28-80mm untuk mengambil gambar
penuh model hingga kaki dan gambar grouping diatas pelamin tetapi adakalanya
ia nampak seakan melengkung. Adakah saya perlu menukar lense dan
jika perlu apakah lense yang sesuai untuk projek ini...
Lens zooms 28-80mm ini sememangnya memberi kesan lengkong jika anda menggunakan
fungsi 28 hingga 25mm. Tapi jika anda menggunakan fungsi 35mm agak kurang
kesan lengkongnya. Jika menggunakan fungsi standard dan tele antara 50
hingga 80mm.
Ketika menggunakan lens zooms anda perlu berhati-hati agar tidak menggunakan
susudt luas 28 hingga 25mm kerana ianya akan membentuk kesan lengkong.
Jangan hanya kerana untuk mendapatkan kesemua objek maka anda lupa kesan
yang akan terjadi. Adalah dicadangkan jika anda ingin merakamkan gambar
group penggunaan lens sudut tetap digunakan. Misalnya menggunakan sudut
35mm sahaja atau 50mm sahaja.